assalamualaikum .
sekarang isu yang ramai perkatakan adalah " budak dilanggar tanpa belas kasihan "
apa semua ni ? mana ciri2 kemanusian ? Ya Allah ! korang tahu kan pasal isu budak yang kena lnggar tu .
Kemudian sebuah lagi van melalui jalan tersebut dan menggilis kanak-kanak itu. Kali ini van kedua tidak berhenti langsung seolah-olah ia hanya melanggar satu bongol.
Dalam satu rakaman video kamera litar tertutup, kanak-kanak tersebut yang dinamakan Yueyue telah dilanggar oleh sebuah van putih di Foshan, China, berhampiran satu pasar sibuk pada 13 Oktober lalu.
Van itu berhenti sejenak selepas kemalangan itu, tetapi kemudian melucur terus meninggalkan kanak-kanak itu berdarah di tepi jalan.
Ketika ia meluncur, tayar belakangnya pula naik ke atas badan budak itu.
Tidak ada seorang pun yang berhenti membantu termasuk seorang lelaki yang berjalan betul-betul bersebelahan kanak-kanak malang itu. Dia memandang kanak-kanak itu melalui hujung matanya sahaja.
Selepas itu, sekurang-kurangnya 13 orang lagi berjalan lalu tanpa menghiraukan kanak-kanak itu. Ada juga yang berhenti untuk melihat Yueyue, tetapi tidak melakukan apa-apa.
Akhirnya, seorang wanita yang sedang mengutip sampah, ternampak Yueyue dan menariknya ke tepi jalan sejurus sebelum satu lagi van memandu lalu. Hanya selepas itu ibu Yueyue muncul dalam video itu.
*Nota: Ramai orang di China teragak-agak untuk membantu orang yang kelihatan seperti berada dalam kecemasan kerana bimbang mereka akan dipersalahkan.
2 25 yang bijak:
kesian dy :'( xde prasaan tol dorg..xsggup nk tgk vdeo tuh T_T
sokong ! tak snggup tgk budak tu kena lenyek mcm tu je :(
Post a Comment